WELCOME TO MY BLOG-HAVE A NICE DAY~^^

Wednesday 13 July 2011

Tanda Lelaki Sayangkan Seseorang Perempuan~

Apabila seseorg lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnye dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. sekeras mana pown hati lalaki, ia akan mengalirkan air mata juga apabila hatinya dilukai. namun, kaum wanita janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu...


sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu...


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan hubungan yang serius daripada kamu. sudah tentu dalam sesebuah hubungan, kita inginkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi, tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayanginya sentiasa senang dan terhibur...


Janganlah kamu menganggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia memberimu nasihat. Ingat. Nasihat bermaksud memngingati.  Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin  berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu maknanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu. Jadi terbukalah mendengar nasihatnya...


Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya daripada berakhir begitu sahaja. kalau boleh biarlah kejinjang pelamin. Baru berbaloi!!


Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu.  Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinyamelayannya lebih daripada orang lain yang penah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperwatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja...


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. tandanya dia tak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja dan masalah. Beruntungnya!!


Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia menjadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetaannya.



Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya…


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu..

Manusia tidak sempurna. Samalah juga teman lelaki kamu. Tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecil hati. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa untuk berubah. Hendak berubah bukanlah senang tapi kalau dia berubah demi untuk bahagiakan kamu, itu adalah satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahn dia. Dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu??

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berada selamat setiap kali bersama dirinya.



Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berikanlah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

2 comments:

  1. tapi lelaki tak menghargai perempuan kan? hahaha

    ReplyDelete
  2. haha...2 la..kbnyakan lelaki xmenghargai pmpuan...xtau keikhlasan hati dieorg...ske amik jln mudah tuk sesuatu perkara..huhu

    ReplyDelete